Syirayuki ditamatkan (atau merumpang)

Assalamualaikum @semua, pengumuman yang tak berapa penting.
Tulisan Jawi: Gambar
PS;MB: Pada 5/1/2023 Projek Syirayuki dengan ini akan berhenti selamanya (atau merumpang kot).
((Kenapa wujudnya Projek Syirayuki))
Asalnya Projek Syirayuki ini hanyalah projek suka-suka, mengisi masa lapang, mengubat perasaan yg merasakan diri ini sampah masyarakat. Sambil ingin memantapkan/membaiki lagi bahasa Melayu aku yang penuh dengan merojak-rojak.
((Adakah projek ini gagal))
Aku tak rasa projek ini gagal, tapi separa gagal (lol). Banyak benda baru aku belajar, baik dari bahasa, tulisan, bergaul, mereka grafik, pengekodan video, mengatur cara .dll
Aku cuma gagal untuk terbitkan lagi banyak keluaran dari Syirayuki haha.
((Kenapa Syirayuki nak dihentikan))
Aku akan mula sambung belajar ke pondok pengajian pada 5/1/2023 (banyak dah tertangguh tarikh sebenarnya), dekat situ tahu-tahulah, segala mak nenek peranti ke apa langsung tak boleh bawa, tapi itu apa yg aku diberitahulah, masa kedepannya aku tak tahu lagi, mungkin akan dilonggarkan.
Tempoh menuntutnya pula katanya selama 6 tahun, cuti pun pendek-pendek, jadi dah pasti aku tak akan langsung ada masa nak urus Projek Syirayuki, pelayan Discord mahupun sari kata.
Aku mungkin akan jenguk-jenguk je kalau sempat.
((Kenapa tak minta tolong orang lain))
Aku tak nak bebankan orang lain. Aku tak cukup layak untuk minta tolong sesuatu yg memerlukan kudrat dan masa yang banyak.
Buat sari kata bukanlah perkara yang mudah, aku tabik giler kumpulan penterjemah Tapawsub, Ayasaku, Gempita, S.N.Fansub, Anime Di Sini, Bossque Scans dan juga semua pejuang-pejuang bahasa Melayu yang tak dapat aku senaraikan di sini.
((Akhir kata))
Terima kasih kerana sudi berbual dengan aku, layan aku walaupun aku ni agak ketum(tongong) sikit orangnya, haha. Korang masuk pelayan Discord Syirayuki pun sudah membuatkan aku gembira, tak disangka-sangka ada yang sudi menjenguk pelayan ini dan juga Projek Syirayuki.
Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada masa bertemu lagi.
Terima kasih untuk dua tahun walaupun sikit :)
*PS;MB = Panjang Sangat;Malas Baca
Rumpang = Hiatus
selamat sambung belajar o7
BalasPadam🙂ゝ
Padam