
Seirei Gensouki
Seorang pelajar kolej bernama Amakawa Haruto yang berumur 20 tahun telah mati di dalam kemalangan jalan raya yang menyayat hati. Sedar sahaja, dia sudah di-isekai-kan ke dalam jasad seorang budak bernama Rio dengan ingatan dan personaliti mereka berdua bergabung menjadi satu, dia juga mendapati yang dia mempunyai kuasa yang unik berbanding kuasa sihir. Kendatipun begitu, dendam kesumat Rio terhadap pembunuh ibunya masih lagi panas membara walaupun dengan ingatan dan personaliti baharunya itu.
Tidak lama selepas itu, ditakdirkan Rio berjumpa dengan Puteri Kerajaan Beltram yang diculik lalu menyelamatkannya. Sang Raja teramat berterima kasih kepadanya dan disebabkan itulah, Rio dianugerahkan peluang untuk bersekolah di Akademi Diraja di Beltram. Maka terujalah dia untuk kehidupan barunya di akademi yang gah itu, tetapi hidup ini tidaklah semudah satu tambah lima, memandangkan dia sebagai bekas penduduk kawasan setinggan, dia dipandang hina oleh segelintir anak-anak bangsawan di situ.
Apakah nasibnya selepas itu? Saksikan kisah beliau sepanjang 12 episod ini.
جاوي
سأورڠ ڤلاجر کوليج برنام اماکاوا هاروتۆ يڠ برعمور 20 تاهون تله ماتي ددالم کمالڠن جالن راي يڠ مڽايت هاتي. سدر سهاج⹁ دي سوده دأيسێکايکن کدالم جسد سأورڠ بودق برنام ريۆ دڠن ايڠتن دان ڤرواتقن مريک بردوا برݢابوڠ منجادي ساتو⹁ دي جوݢ منداڤتي يڠ دي ممڤوڽاٴي کواس يڠ اونيک بربنديڠ کواس سيحير. کنداتيڤون بݢيتو⹁ دندم کسومت ريۆ ترهادڤ ڤمبونوه ايبوڽ ماسيه لاݢي ڤانس ممبارا والاوڤون دڠن ايڠتن دان ڤرواتقن بهاروڽ ايت.
تيدق لاما سلڤس ايت⹁ دتقديرکن ريۆ برجومڤا دڠن ڤوتري کراجاٴن بێلترم يڠ دچوليق لالو مڽلامتکنڽ. سي راج ترامت برتريما کاسيه کڤدڽ دان دسببکن ايتوله⹁ ريۆ دأنوݢرهکن ڤلواڠ اونتوق برسکوله دأکاديمي دراج بێلترم. مک تراوجاله دي اونتوق کهيدوڤن باروڽ دأکاديمي يڠ ݢه ايت⹁ تتاڤي هيدوڤ اين تيدقله سموده ساتو تمبه ليم⹁ ممندڠکن دي سباݢاي بکس ڤندودوق کاوسن ستيڠݢن⹁ دي دڤندڠ هينا اوليه سݢلينتير انق٢ بڠساون دسيتو.
اڤاکه نصيبڽ سلڤس ايت؟ سقسيکن قيصه بلياو سڤنجڠ 12 ايڤيسود اين.
نوتا ڤنترجمه: اتما = جيوا⹁ ڽاوا⹁ روح⹁ سماڠت⹁ سڤيريت.
Nota penterjemah: Atma = Jiwa, Nyawa, Roh, Semangat, Spirit.
1080P: x264 Hi10 Hardsub
Anggaran Kadar Bit: 1000-1600kbps